KULAI: Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran sebaik kereta yang membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini, hari ini.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja LTAS dari Kuala Lumpur selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara.
Ketibaan Sultan Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, disambut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri serta rakyat negeri ini.
Pada mesyuarat tersebut, Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan 2024.
Rata-rata yang ditemui Bernama berkata mereka tiba seawal 6.30 pagi tadi kerana tidak mahu terlepas peluang untuk bersama-sama meraikan pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Presiden Permata Baiduri Malaysia, Faridah Hamzah, 42, berkata Sultan Ibrahim amat disenangi Bangsa Johor sebagai seorang raja yang berjiwa rakyat malah baginda sering menjadi yang pertama menyantuni rakyat jelata yang ditimpa musibah termasuk bencana banjir besar yang melanda negeri ini.
"Ada di antara kami seawal 6.30 pagi sudah tiba di sini, kami teruja dan bangga sebagai anak Johor kerana sebelum ini pun kalau kita berada di luar Johor, ramai yang sentiasa sebut perkara yang baik tentang Tuanku sebagai seorang yang tegas, berpendirian dan berani membuat keputusan," katanya ketika ditemui Bernama di luar LTAS, di sini, hari ini.
Senada dengan Faridah, Presiden Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung Johor) Zaini Atan berkata beliau yakin amanah dan tanggungjawab besar itu akan dilaksanakan dengan baik sepertimana ketika baginda memerintah Johor.
"Selaku rakyat Johor, kita bangga dan ini adalah tanda kita meluahkan rasa bangga kita menunjukkan kepada Tuanku. Bukan sehari dua baginda berjiwa rakyat malah sejak menjadi Tunku Mahkota Johor lagi telah pun bersama rakyat," katanya.
Sementara itu, sambutan meriah pelbagai lapisan masyarakat turut dapat disaksikan sewaktu keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada 11 pagi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Sultan Ibrahim menaiki kenderaan yang dipandu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Turut berangkat tiba Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Warga emas Saadiah Sabran, 65, antara individu yang setia menunggu ketibaan baginda di hadapan pintu masuk istana, meskipun cuaca panas sejak 9 pagi tadi.
"Saya harap baginda yang sentiasa berjiwa rakyat, diberi kesihatan yang baik dan dipelihara Allah sepanjang menjadi penaung negara nanti," katanya kepada Bernama.
Saadiah berkata arwah suaminya Iduan Idris merupakan bekas pemandu peribadi Allahyarham Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada sekitar tahun 70-an.
Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan tahun depan.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) Jumaat lepas turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Keberangkatan pulang Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar disambut rakyat jelata yang menunggu ketibaan baginda di hadapan Istana Bukit Serene hari ini. - Foto Bernama
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.
Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.
Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Agong sembahkan DK Pahang kepada Sultan Johor, terima DK Johor
Al-Sultan Abdullah berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.